Selamat Datang! Battery M-power: Tutorial Tukar Bateri Kereta




Monday, 17 February 2014

Tutorial Tukar Bateri Kereta

Tutorial Tukar Bateri Kereta
Sebagai persediaan, pastikan anda ada benda berikut:

  • Bateri baru
  • Playar
  • Kunci kereta (kot2 la tetiba kunci tertinggal dalam kete plak)

  1. Bukak hood kereta, dan check kedudukan terminal (+)ve dan (-)ve bateri. cm Myvi, sebelah kanan anda tu (-)ve, sblh kiri tu (+)ve. jangan salah pasang plak, nnti rosak plak kete. Nak lagi bagus, amik gmbo cam tuan ku buat nih:

  2. Pisahkan terminal dengan kabel menggunakan playar. Mulakan dengan terminal (-)ve dulu (suggestion en Google). Pastikan playar anda tidak tersentuh dengan mana-mana besi pada kereta, dikhuatiri akan mengakibatkan spark.

  3. Bila dh bukak terminal, buka pula besu yang mengikat bateri dengan kereta. Besi tu berbentuk 'J' di sebelah depan dan belakang bateri. Pastikan anda pegang besi tu semasa nk buka sbb kalau jatuh, payah plak nk amik. Selepas itu, keluarkan bateri dan cover bater dari kereta

  4. Keluarkan lapik hijau dari terminal bateri lama (kalau ada) dan letak kt terminal bateri baru. Pindahkan bateri baru dan letakkan di ruangan bateri kereta, dan letak balik cover bateri (yg kaler hitam dalam rajah diatas) kt bateri baru (pun kalau ada).

  5. Pasang smula kabel terminal kat bateri baru, dimulakan dengan terminal (+)ve (xsure ada beza x kalau pasang (-ve) dulu). Selepas tu, ikat semula besi dengan besi 'J' di bahagian depan dan belakang bateri. Kalau alarm kete berbunyi, pandai2 la offkan guna kunci kete korang (aku buat alarm xberbunyi - terasa pelik).

  6. Last but not least, try start enjin kete. Kalau ok, set balik jam kete korang. Siap


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Noor Athirah